Gila meroyan serba serbi dalam segala benda yang saya minat. Contoh, gila breastfeeding, gile shopping, gila tudung, gila kain, gila internet, gila berjalan, gila kat anak saya gila kat laki saya. Memang dalam erti kata lain saya kalau dah suka sesuatu saya akan haunted benda tuh gila-gila.
Apa punya banyak betul gila. :P
Buktinya...
15 helai saya rembat di Euro Moda semalam. Tapi sila maklum, bukan hak milik mutlak, dibahagi tidaklah sama rata sangat di antara kami 4 beradik. Dah nama ramai adik perempuan. Tapi kami memang hantu 'raya'. Paling koman baju kurung kena standby 6 pasang sorang. Over kan? Memang pun. Saya tempah baju sepanjang tahun.
Pantang balik KT mesti satu beban saya antar ke tailor. Dr gambar di atas pun husband saya dah pening nak bayar upah jahit baju. :P Sib baik kat KT upah selai baju dlm RM22-rm35 depends on stylo dier la. Tapi saya selesa berbaju kurung biasa habis2 ader yag tulang belut mahal la sikit, ke sulam ikan (what da heck) or buat baju kurung pahang atau riau.
Oh, dan balik KT kali nih saya harus standby untuk angkat baju yang baru siap jahit pulak. 2 pasang kain sari di tempah dan juga 1 crepe yg dah antar sebelum ke HK ari tu. Dan saya dah warning tailor saya yang saya akan hantar batch cotton pulak lepas raya nanti. Tak gila namanya tuh. Tapi this applies to everyone in my family. I think we are fully trained by my late mother. Arwah mama, lepas habis ajer raya dah sibuk heret saya ke Jalan TAR dah pk untuk raya tahun depan. So now you should understand la kan. And saya pakai ok, baju kurung saya. Tidak men jadi tukun dalam almari. I wear baju kurung 3 times a week to the office (at least).
Well, I am late for the meeting. But today, I am in my pants and blouse sebab my new tudung all d way from UK dah sampai dan amat matching with my blouse. :P Sila tafsir sendiri gambar di bawah ini yeah!
Sekian, terima kasih